Thursday, December 30, 2010

Waktu untuk berfikir...

Bila dah duduk 'congok' depan laptop ni sorang2, aku rasa time ni la nk berfikir.... kalau nk berfikir ni, xbleh ada orang lain. Kena duduk sorang2 jugak. Kalu tidak tak jadi... ape yang aku fikirkan? macam2. nak sebut satu2 pon xleh jgk sbb banyak sangat. diantara topik yang difikirkan, KAWAN-KAWAN.. Bagi aku, kawan2 aku letak no.3 dalam hidup aku. no.1 ofkosla Tuhan dan no.2 pulak Mak ngan Bapak aku... kalau ada masaalah yang menimpa aku pon biasanya ngan kawan2 jgk aku pegi.. ngan mak bapak aku pon aku xciter masaalah aku.. masaalah awek xkan la pegi citer kat mak bapak kan? huhuhu.. wat malu jer, dah nk bwt mcmne? aku dari kecik kurang berkongsi masaalah ngan mak bapak aku.. kalu ade pon sikit2 je.. ntah, aku rasa malu nak berkomunikasi ngan mak bapak aku... hehehe.. tp aku xmalu kalau nak mintak duit... hahahahahahaha...

Berbalik semula kat kawan2 tadi, setakat ni.. aku rasa aku belum jumpa lagi seorang kawan yang betul2 aku rasa kawan sejati... alahai, geli-geleman aku sebut 'Kawan Sejati' huuhuhu... tapi aku rasa, setiap orang dalam dunia inginkan kawan yang bergelar 'KawanSejati'. aku ada banyak kawan2, ada kawan biasa. kawan karib, kawan gelak, kawan sedih dan macam2 lagi yang sewaktu dengannya.. sekarang ni aku belajar kat sebuah kolej di Kuala Terengganu. Kat situlah aku jumpa segala jenis kawan yang aku senaraikan tadi... dan kat kolej tu jugak lah aku bertemu dengan seorang gadis yang bagi aku yang paling lawa, paling cun,paling comel dan macam2 paling lagilah... Gadis tu ada nama.. hehehe dalam blog ni aku letak WNA jelah nama dia... kalau dia baca ni mesti kembang semacam hidung dia... hahahhaa... xapalah, kita letak tepi dulu cerita pasal WNA ni... next time aku crita pasal dia sbb sekarang ni aku nak cerita pon pasal KAWAN-KAWAN.


Semenjak dua menjak ni aku banyak dilanda masalah dengan kawan2 aku.. aku mengaku, sume ni hampir 38% salah aku jugak... aku xnak sebut kisah dulu2, sekarang aku cuma nk crita yang latest2 je... baru2 ni aku rasa aku dah kehilangan seorang hamba Allah yang aku panggil kawan karib ni... asalnye kami ni ada 3 orang... iaitu aku, si polan1 dan si polan2.. dah boleh panggil The Three Stooges dah.. wakakaka... kitaorang dah kira rapat sangat, segala jenis masaalah, problem, masalah, problem yang kitaorang lalui.. sampai satu masa dimana kawan aku si polan2 jumpa dengan cinta dia, seorang gadis yang juga belajar di kolej yang sama. semenjak tu sume dah berubah.. macam aku cakap tadi aku ni penyebab masalah. tapi... aku xakan khianati kawan2 aku, semua tindakan aku bwt aku pikir dulu, aku bukan bodoh. xpayahla aku cita apa masalah yang berlaku antara aku ngan si polan2 ni.. cuma aku nak cakap satu je... kita ni manusia, dan ada orang lain yang berada di sekeliling kita, dan orang2 tu rapat dengan kita... jadi sebelum nak membuat sesuatu tindakan tu, gunakanlah dulu anugerah Allah yang telah diberikan kepada kita iaitu AKAL. 

No comments:

Post a Comment